Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

bintulu latar

JANM Cawangan Bintulu ditubuhkan pada 17 April 1995 dan mula beroperasi pada 1 Jun 1995 di lot kedai berhampiran pusat bandar Bintulu dengan nama Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sarawak Kawasan Bintulu. Perasmian dibuat pada 11 Disember 1995 oleh mantan Akauntan Negara Malaysia (ANM), YBhg. Dato’ Mohamed Adnan bin Ali. Pada 1 April 2002, JANM Cawangan Bintulu berpindah ke Wisma Bintulu dan dirasmikan pada 18 Oktober 2002 oleh mantan ANM, YBhg. Datuk Siti Maslamah binti Osman. JANM Cawangan Bintulu masih beroperasi di Wisma Bintulu sehingga kini seperti alamat di bawah :

JANM Cawangan Bintulu
No.1, Aras 2, Wisma Bintulu
Jln. Tg. Kidurong
97000 Bintulu, Sarawak.

JANM Cawangan Bintulu menyelia 60 Pusat Tanggungjawab (PTJ) merangkumi Daerah Bintulu, Daerah Tatau, Daerah Sebauh dan Daerah Belaga. Jumlah perjawatan adalah seramai 27 orang dan terbahagi kepada 3 Seksyen seperti di bawah :

  1. Seksyen Pemantauan
    • Unit Naziran
    • Unit Pengurusan Aset
  2. Seksyen Operasi
    • Unit Pengurusan Dana
    • Unit Akaun
    • Unit Gaji
    • Unit Teknikal
  3. Seksyen Pengurusan
    • Unit Pentadbiran
    • Unit Kewangan
    • Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan

Sehingga kini, JANM Cawangan Bintulu telah diterajui oleh 11 orang Pengarah Cawangan. Senarai nama Pengarah Cawangan dari tahun 1995 sehingga kini adalah seperti berikut :

Bil Nama Tahun
1 Tuan Haji Nasran bin Omar 1995-1997
2 Encik Rosdi bin Abu 1997-2001
3 Encik Mckevin Anak Toni 2001-2004
4 Encik Khairil Izwan bin Ahmad 2004-2007
5 Encik Farithal bin Sahari 2007-2010
6 Encik Amir Azlan bin Abd Karim 2010-2011
7 Cik Nur Asyikin binti Azis 2011-2014
8 Encik Amirul Sufri bin Mohd Saharudin 2014-2016
9 Cik Noor Muzleanna binti Mohamed 2016-2018
10 Puan Norhafizah binti Md.Diyah 2018-2022
11 Encik Azrul Bin Zainal 2022-kini