rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

ANUGERAH SUSTAINABILITY COMMITMENT SEMPENA BINTULU SUSTAINABILITY AWARD (BISA) 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Bintulu telah berjaya menerima pengiktirafan bagi anugerah Sustainability Commitment sempena Bintulu Sustainability Award (BiSA) 2026 yang berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh: 9 November 2026 (Isnin)
Tempat: Imperial Hotel, Bintulu
Anjuran : Bintulu Development Authority (BDA)

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap dedikasi, inisiatif berterusan, serta komitmen Warga JANM Cawangan Bintulu dalam menyokong amalan kelestarian alam sekitar, sosial, dan tadbir urus terbaik (ESG) di peringkat organisasi.

Pihak cawangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan padu, dan panduan daripada semua pihak. Kejayaan ini diharap dapat menyuntik semangat seluruh warga kerja untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh amalan kelestarian pada masa hadapan.

Sekian untuk makluman.

 

GMBR BISA 3

GMBR BISA 2

GMBR BISA 1